Thursday, July 5, 2012

AWAS, Sindrom penyakit bahaya CHUA

Adalah dimaklumkan bahawa tercetusnya satu penyakit berbahaya yang telah dikesan baru-baru ini, para pakar perobatan menamakan virus ini dengan nama Sindrom CHUA, adalah dipercayai ianya mudah berjangkit, setelah melakukan penyelidikan yang begitu mendalam dan rapi, pakar-pakar perobatan membuat kesimpulan bahawa penyakit ini bermula dari Labis, Johor dan mula merebak ke tempat lain di Malaya. Puncanya dipercayai akibat dari memandang terlalu lama kearah 'dacing' atau bintang kuning berbucu-bucu berlatar biru, atau memandang huruf P tiga berturut (PPP), atau replika jambatan Pulau Pinang (Gerakan), lambang keris dan sebagainya.

Kesan penyakit ini amat berbahaya, ianya boleh menyebabkan anda khayal dan menjadi bodoh dan boleh mendorong anda melakukan aksi lucah, dan anehnya anda akan berasa bangga selepas melakukannya dan anda akan membuat pengakuan terbuka, dan secara lantang mengatakan bahawa langkah anda adalah langkah berani dan bermoral. Kesan penyakit ini juga dipercayai akan diwarisi oleh anak anda yang akan menjadi bengong, bangang dan bodoh, dimana dia akan merapu dan melemparkan tuduhan melulu kepada orang lain mengatakan yang bukan-bukan, dan apabila anda bertanya, dia akan kata tanyalah pihak yang dituduh itu.

Namun ada berita baik, pakar perobatan telah menemui obatnya, dan cara pencegahan yang paling berkesan adalah dengan cara merenung kearah bulan, roket dan mata.

Harap kesemua pembaca mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya, agar kita tidak mewariskan penyakit ini kepada generasi akan datang.

Harap maklum........A.H.Baharom

No comments:

Post a Comment