Thursday, July 5, 2012

Al-kisah Chua Bo Doh dan Chua Bah Ngang

Maka tersebutlah kisah, nun jauh di sebuah negeri diselatan tanahair, disebuah daerah bernama Labis, dihuni oleh dua beranak. Bapanya digelar Chua Bo Doh, manakala anaknya bernama Chua Bah Ngang. Bapanya adalah seorang pelakon bangsawan yang terkenal, tapi bangsawannya tidak pernah mendapat kelulusan pihak polisi kerana kelucahan pelakonnya. Dia juga pernah memegang jawatan Menteri Perobatan. Pada saat ketika dia melakonkan adegan lucah yang langsung tidak mengghairahkan, kerana kedua-dua pelakunnnya adalah pelakun opera cina yang langsung tidak menarik. Apabila tersebar cerita, dia mengatakan bahawa sebenarnya pelakun opera wanita itu adalah pegawai pemasaran ubat 'biru' penambah tenaga, dan dia sebagai menteri perobatan ingin mengujinya sebagai Menteri perobatan sebelum dicadangkan kepada pihak Kera Jaan.Apabila sekalian rakyat tidak mempercayainya...dia mengakui hubungan sulitnya.....anehnya kini dia mencanangkan keseluruh pelusuk nusantara bahawa pengakuannya adalah langkah berani, bermoral dan beretika....dan harus dicontohi.....Gila ke apa?

Berbalik kepada anaknya, Chua Bah Ngang, kini ini mengikut jejak langkah bapanya mempelopori bidang opera dan bangsawan, pada masa yang sama ingin menjadi seperti idolanya Rat Feezi Ramlee dari Pakatan rakyat Jelata yang terkenal didalam menyelongkar skandal hebat. Selongkar punya selongkar.....sudah salah selongkar.....lalu dicanangkan keseluruh pelusuk desa dan kota, diterbitkan di muka depan akhbar milik parti Bapanya....The Setar....mengenai apa yang dipikirnya skandal Talam. Rupa-rupanya....Chua Bah Ngang lemah dalam ilmu Kira-kira....apa yang dibongkar dan diselongkar....rupa-rupanya.....'salah nombor' la......malu tak terkira....namun dengan kebangangangnya yang diwarisi.....ingin masih dipertahankan....

Lebih aneh lagi....pasangan anak-beranak ini adalah tulang-belakang Parti Tionghua Malaysia yang merupakan tulang belakang Barisan Bengkok Malaysia (BBN)...yang diterajui oleh MMMMNO....

Adus......hancur Malaya jika dibiarkan....janganlah kita terus menjadi bodoh dan bangang dengan terus megundi mereka.....Katakan tidak......Say NO to idiot politicians....say NO to idiocracy..

A.H.Baharom

No comments:

Post a Comment