Saturday, May 12, 2012

Lawak Terlampau Afldin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan: Agak Meloyakan, Jom Boikot

Pementasan komedi atau parodi terbaru Afldin Shauki, Harun Salim Bachik dan Johan  bertajuk 'Bangkang dari Longkang boleh dikatakan agak melampau dan pasti mengguris hati ramai peminat seni tanahair, ianya terlalu low kualiti, menghina tahap kematangan dan minda rakyat Malaysia. Ianya hanya layak dibakulsampahkan.

Adalah pengetahuan umum bahawa mereka adalah ahli UMNO yang tegar dan Seniman, iaitu persatuan para penggiat seni yang mereka terajui telah dilacurkan demi 'carma'(cari makan), tetapi kali ini apa yang dilakukan adalah terlalu jijik dan meloyakan. Kalau ye pun nak membodek, ini bukan caranya, mungkin mereka alpa, atau sengaja lupa bahawa selama ini karier mereka berkembang bukan semata-mata diundi, diikuti dan diangkat oleh ahli UMNO semata-mata, dan secra ikhlasnya saya fikir mereka ini perlu disedarkan. Saya ingin mengambil peluang ini untuk memulakan 'boikot' secara peribadi, dan juga mengajak para peminat mereka yang bukan ahli UMNO untuk turut memboikot segala rancangan yang mereka sertai, katakan TIDAK kepada filem yang mereka bintangi, katakan TIDAK kepada rancangan yang mereka hoskan..

A.H.Baharom

No comments:

Post a Comment