Saturday, April 28, 2012

Dari Kacamata dan Jendela Hati seorang peserta Bersih 3.0

Saya sampai di hentian komuter Bank Negara tepat jam 6.50 pagi, lantas ke Semua House untuk bersarapan pagi, ketika dalam perjalanan ke Semua House, saya perhatikan rupanya sudah ramai yang telah berkumpul disana. Suasananya agak tenang, tak kira kaum atau bangsa, tua atau muda, senyuman dilontar, salam dihulur dan dibalas. ada apek yang bertonkat, ada nyonya yang bertopi, ada Muslimah yang berpakaian molek, ada Muslimat yang bergaya, ada anne yang segak, ada thangachi yang berwarna warni, pendek kata seolah-olah satu pesta.

Ramai juga kenalan lama yang terjumpa, dari utara, dari selatan dan juga timur, dan agak istimewa terserempak dengan beberapa anak murid, samada bekas mahupun semasa. Suasan dipersimpangan jalan dihadapan Dataran Merdeka, cukup hebat, manusia bertali arus, kebanjiran sejauh mata memandang. sehingga hampir jam 1.30 kami dihiburkan dengan pidato mahasiswa , pantun uncle bersih, tidak lupa silap mata spontan salah seorang peserta, semuanya berjalan dengan teratuir dan lancar.

Walau berdemonstrasi, agak sejuk mata memandang barisan-barisan saf ditengah jalanraya tatkala masuk waktu Dzohor, termasuk dari saf kepimpinan sepert Husam dan lain-lain. Namun tiba-tiba, apabila barisan tertinggi Bersih menggulung dan menyimpulkan ucapan, kurang lebih jam 2.40, dan ketika kami memerhatikan FRU, menghalakan meriam air dan pembidik gas pemedih mata ke arah para peserta, kami bingkas mengarahkan mereka yang berusia, dan para wanita untuk beredar kebelakang, kedengaran das bidikan gas pemedih mata tanpa henti, tembakan meriam air juga menghujani, suasana menjadi kelam kabut, mata menjadi pedih, kerana bidikan adalah terus ke arah peserta, dan serangan bertubi-tubi menyebabkan nafas menjadi  semput, namun semangat setiakawan tetap utuh. garam dihulur, air diberi untuk memberikan sedukit kelegaan.

Kerakusan penguatkuasa makin menjadi, mereka mengejar dan menyerang, serangan gas pemedih mata dan meriam air kimia seolah tiada noktah, menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah dosa peserta Bersih......

Semoga Allah menyelamatkan negara kita dari belenggu penjajah BN dan kerakusan balachi penguatkuasa mereka...Ameen.

Pabila kembali kerumah.....saya menyaksikan berita yang disunting begitu hebat dan strategik menyebabkan saya menggeleng kepala, agaknya jika saya tak kesana mungkin saya sedikiti sebanyak mempercayainya....tapi saya BERADA disana,,,,,situasinya berbeza.


A.H.Baharom

No comments:

Post a Comment