Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 arus kebangkitan mahasiswa

Saya agak tertarik dan terharu menyaksikan gelombang kebangkitan mahasiswa yang begitu ketara sewaktu Bersih 3.0. setelah golongan ini menyepikan diri sekian lama, membachulkan diri dan menjadi pak turut, kini sudah ada bibit-bibit kebangkitan, ribuan mahasiswa membanjiri kawasan berhampiran Dataran Merdeka yang tak berapa nak Merdeka. Mereka datang dari seluruh pelusuk tanahair dan dari pelbagai Universiti, IPTA mahupun IPTS, saya percaya kebangkitan ini ada hubungkaitnya dan kesinambungannya dengan protes PTPTN tempohari.

Saya juga agak kagum dengan keboluhan saf kepimpinan mahasiswa baik dari SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) mahupun yang dari UPSI, UM dan UKM. Saya terkedu dan kaget menyaksikan kebolehan berpidato dan ucapan yang kritikal dan konstruktif dari mereka. Ianya agak berbeza dari temuramah yang diberikan oleh pemimpin pro-Aspirasi atau pro-kerajaan di kaca-tv sehari sebelum Bersih 3.0, agak gugup, menurut skrip dan tidak yakin, disulami dengan erm...arrr...apa nama...mmmhhh....dan sewaktu dengannya.

Walaupun mereka diugut dengan tindakan disiplin, gangster dihantar untuk menakutkan mereka ketika protes di Dataran, walau terpaksa menghadapi kemungkina tindakan tatatertib dari Universiti, mereka tidak gentar, menyebabkan saya tertanya-tanya apakah ini sebenarnya titik permulaan gelombang baru, yang saya rasa jika mendapat momentum sebaiknya agak menjadi pemangkin tsunami politik yang baru.

Saya "tabik spring' kepada kamu, wahai golongan mahasiswa yang berani.......semoga Allah s.w.t melindungi kamu dari segala bala bencana....Ameen

A.H.Baharom

No comments:

Post a Comment